Pages

2

Cuti-cuti Malaysia: Bukit Gambang Resort


Ahad 
27 Januari 2013 
Cuti Thaipusam
PJ - R&R Temerloh - Gambang


4e memang semangat sebab plan nak ke Water Park. Mommy dah book family room di Arabian Bay Resort. Dekat je ke Waterpark tu. Ada shuttle ke sana kalau tak nak drive sendiri.



Bila nak check in, bilik belum siap. Hotel bagi tiket waterpark dulu. Tapi masa tu dah pukul 12+. Katanya dah ramai orang & crowded sebab ada bbrp bas rombongan Cik Kiah dah sampai dulu.
Dia suggest gi esok sebab esok di Pahang hari kerja, bukan public holiday. Jadi kami pun decide jalan2 sekitar dulu & masuk ke waterpark esok.

Ingat nak ke swimming pool hotel je sementara tunggu bilik siap, sekali ternampak iklan ada Active Academy just opposite resort. So sume agree nak ke sana.
Daddy beli tiket utk 4e buat aktiviti lasak :P



Aktiviti pertama.... Kena merentasi beberapa rintangan.
Sume dah siap dengan safety belt & helmet.

Eizan & Abang Eiman.
Dah bersiap sedia.
Sebenarnya Mommy yang tak berapa sanggup tengok Eizan buat sendiri tinggi macam tu.
Tapi Daddy cakap Eizan boleh.
Memang dia sangat berani & we are very proud of him.

Abang Eiman, Kakak Elin&Erin pun berjaya habiskan semua halangan. 
Ada yang perlahan2, ada yg terslip & jatuh.
Tapi takpe.. Bangun semula & sambung balik!










Benda merah tu boleh berpusing2. jadi kena jalan berhati2.

Opsieeeeee........



The final one, Eizan terjatuh & hanging kat situ sorang2.
Lama juga sebelum brother rescue datang.
Tapi dia cool je tak nangis pun. Dia tak kata nak quit or cari Mommy pun.
Muka cool dari mula sampai habis.
Walaupun dari muka dia, macam nak nangis juga masa terjatuh tu.
Tapi dia kuatkan semangat untuk bangun semula & sambung balik.

 Yang ni tricky juga. Kena pandai kontrol both hands utk capai tali yang tergantung tu.

 Yeay!!! Eizan berjaya lalui semua halangan. Turun dengan bangganya. 
Muka taknak pandang kamera pun.
Bila datang kat Mommy, Mommy pegang dada dia, berdebar laju! heheee...




Dah selesai 4e berhempas pulas memanjat, jatuh & panjat semula. Akhirnya berjaya.
Nasib baik masa ni takde orang lain.
Walaupun lambat, semua orang cool & relax je tunggu turn masing2.
Alhamdulillah takde yang cedera.

Kemudian aktiviti menembak pula.
Mulanya 4e je yang beli tiket. Sekali Daddy pun teringin juga.
Mommy gi tambah tiket lain untuk Daddy juga :P




Aktiviti seterusnya ialah Flying Fox.
Kali ni si kecik tidak dapat ikut serta kerana tak cukup berat.
Requirementnya mesti berat minimum 30kg.
Tetapi berat Eizan tak sampai 20kg pun.
Maka merajuklah budak kecik ni sorang2...


 Kakak2 & abang dah bersedia untuk masuk ke hutan & panjat ke kawasan yang tinggi.
Tapi budak kecik sorang ni masih sedih....
Tidak dapat menerima kenyataan kenapa dia tak boleh.
Poor little Eizan.

 Macam2lah kena pujuk....
Adoi la.... Anak kecik sorang ni.

 Selepas tunggu seketika...
Abang Eiman pun sampai.
Dia suka sangat.
Katanya tinggi & nampak hutan je.
Takut tapi best sangat!

 Kakak Elin

 Kakak Erin

Lepas semua dah selamat landing. Reception resort call cakap bilik dah siap.
Jadi kami pun gi ambil kunci.

Alhamdulillah, bilik sangat bersih, luas, cantik & memang selesa.

 Ada 2 bilik & setiap bilik ada 2 katil besar, ensuite bathroom, tv.

 Dining/kitchen area

 Hall
Budak kecik Eizan dah lapar.
Makan burger.

 View from our unit.
Cantik pool ni. Siap ada kawasan pasir, ala2 beach betul.
Dengan hut yang sangat bersih.


Shuttle yang bawa penghuni resort ke waterpark.
Fee RM1 je.

 Kakak Elin & Abang Eiman

Petang selepas check in, makan, turun ke swimming pool.
Pukul 7pm, nak atas mandi, solat & gi dinner.
Balik tido kepenatan.

Ready for tomorrow.....
Waterpark pula.


2 comments:

Nurhayati said...

bestnye sis
suka la ada xtvt lasak
lama ni nk tunggu anak2 besar hihi

4 Kay-E said...

Ahaaa..
Anak2 Yati kecil lagi. Nanti dah besar, boleh buat mcm2 lagi xtvt :)

Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin