Pages

14

Kisah Eizan

Salam semua....
Lama betul Mommy tak update photoblog 4Kay-E ni . Busy sebab Adik Eizan tak sihat. Asyik keluar masuk hospital je. Dari North Manchester Hospital ke Royal Children Hospital.

2 minggu lepas Eizan asyik merengek & tak lalu makan. Ada juga muntah beberapa kali. Kesian dia... Terkelepet je kat sofa, sedar-sedar dah tertido... One day, Eizan cakap kat Kakak Erin 'hurt'.... rupa-rupanya kat bawah leher dia dah bengkak. Macam ada ketul. Malam tu Daddy & Mommy bawa Eizan ke hospital. Doktor cakap kena buang sebab takut merebak atau makin bengkak. Since kami pergi malam, kat hospital tak boleh nak handle - kena bawa jumpa GP. Kat sini, nak jumpa GP kena buat appointment dulu. Once jumpa GP, doktor kata kena bawa ke hospital .. Pulak.. Ish... Dah gi hospital - kena suruh jumpa GP, dah gi GP - kena ke hospital pula.... Dugaan betul . Doktor bagi antibiotik untuk Eizan.

Lepas seminggu, bengkak dah kurang sikit. Tapi ketulan tu masih ada. Kali ni kami terus ke hospital (waktu siang pula). Doktor check & forward ke Children Hospital. Doktor kata cyst tu kena buang.

Hari Selasa, kami dari North Manchester Hospital terus ke Children Hospital. Biasalah kat hospital, nak tunggu jumpa hospital berjam-jam . Nasib baik Eizan enjoy juga main lego kat situ. TV pun ada..



By the time kami jumpa doktor, dah pun malam. Doktor kata malam tu kalau nak operate juga - tak tau bila surgeon free sebab ada banyak kes lain juga. Doktor kata lagi baik datang semula esok pagi. Eizan kena berpuasa - no food before the surgery.

Rabu pagi, Eizan dah tak makan apa2 - minum air je.... Kami sampai hospital 9+am. Bila dah 12 noon pun tak dpt jumpa doktor lagi. Eizan dah mula mood tak baik sebab lapar... Kesian dia. Kami pun dah tak tau nak buat mcmana... Tunggu je lah. Pukul 1+pm baru dapat jumpa doktor. 3 orang doktor check Eizan & suruh scan dulu sebab takut ketulan tu bersambung dengan organ-organ lain ke...

Kami kena tunggu untuk scan pula lagi 2 jam. Bila dah scan, Eizan terus dibawa ke wad. Selesa wad kat sini. Ada tv & toys. Doktor kata dah boleh bagi Eizan makan sebab dah lama sangat dia tunggu - dari pagi tak makan. Daddy & Mommy pun dah lapar juga. Gi kat cafe tu, ada cold sandwich je . Lapar punya pasal, makan jugalah. Lama juga kami tunggu kat wad, Eizan layan tv sambil makan-makan bersantai. Memang hari tu dari pagi sampai ke malam kami kat hospital. Bila doktor datang semula - dia kata good news sebab tak kritikal. Eizan dapat lagi antibiotik & hospital akan call lagi 2-3 minggu.



Kesian Kakak Elin&Erin & Abang Eiman. 2 hari Daddy & Mommy tak sempat ambil dari sekolah & kena tinggal kat rumah Lisa. Thanks to Auntie Eizan for taking care of 3E. Nasib baik ada Lisa, boleh juga main sama-sama.

Itulah kisah 4E sepjg 2 minggu.

Nanti Mommy update lagi.... Insya-Allah.

*4th December 2009: Birthday Abang Eiman... Dah 6 tahun dia :).


14 comments:

Nana said...

isk i tell you doctor kat sini semua macam (*&^%^&*%%6% 5^&^&^&%^&%^&*(* ,... tak terkata kan! damm stupid. Why can't they make up their minds! I will call you in the morning!

mama3hz said...

sabar ye mommy eizan..hanie pun kena tempuh MRI jan nnt..dia more to wards to cystic hygroma....under monitoring doc ....

~Zetty84~ said...

alahai...sian Eizan...
sabar byk2 ye akak... ;p

mother of two said...

patutlah lama kak ita tak update blog. dugaan betul di tempat org nie. di dubai pun sama jugak teruk dengan kerenah birokrasi arab2 sombong nie. apapun semoga eizan cepat sembuh dan kak ita sekeluarga tabah2 selalu...

[S]itie [B]Um [B]Um said...

moga cepat sembuh

dilaOHdila said...

salam kak ita...
wallla patut lama tak nampak kak ita kat sini
baby eizan dah Ok ka? moga cepat baik erk
kira macam tonsel ke kak?

sukaa aakak capture moment eizan ni
Nice.....tergoda bikin;-)

MamaTiaMia said...

ala siannya eizan ita..risau betul la bila budak kecik sakit kan..macam kesian nak tolong tak boleh..teruk jugak procedure kat sana kan..siannya eizan..auntie doakan biar semuanya okay..kalau boleh cyst hilang sendiri tak payah operate langsung.You take care ita.

Mummy Nini @ LyNN said...

Alahai ksian nyer Eizan.. dugaan betul kan..Hopefully Eizan Full recover soon.
Lynn pun lama jugak tak singgah kat sini..lom terlambat kan nak ucap "Selamat Hari Raya Aidiladha"
Ada FB tak.. boleh ler add Lynn...
lynn_236@yahoo.com

kak cahaya said...

shian iezan tak sihat ye....so kene oprete la pas ni....?.papepun semoga cepat sembuh

anissazira said...

alahai..kesian kt Eizan. Semoga cepat sembuh..dan semoga mummy Eizan sabar & kuat dgn segala dugaan.

fauziah said...

Itaaa! apa kabar?? patut la senyap je.. kesiannya, I pulak rasa mcm sebak nih. I doakan Eizan lekas sembuh sepenuhnya. Tk sangka la pulak, bukak2 ur blog mcm ni cerita.. apa2 pun u kena kuat ya ita. pls update me k!. U ada YM tak? kasi I plss..

shamsida said...

kesiannya Eizan...harap Ita sekeluarga banyak bersabar...insyaAllah semuanya akan kembali pulih..Amin

Ella said...

hi plum..

hope ur son get well soon ya.
suka tgk gambar2 kt blog ni..
cantik!.

yatie said...

harap eizan dah sihat... bila dgr citer procedure masuk hospital mcm susahnye

Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin