Pages

5

Ganti Sekolah & Egg Deco

***** SABTU *****

Hari ni 3E kena ke sekolah sebab ada sekolah ganti. Nanti cuti raya panjang, kenalah ganti sekolah awal-awal. Tapi taklah lama sangat pun, 7:30am-12:30pm je. Sesi petang & sesi pagi semuanya datang pagi. Pack betullah sekolah. Tapi disebabkan twin tak pernah sekolah pagi, liat sikit nak bangun :). Abang Eiman maintain cool....


Hari ni twin kena pakai tudung & Eiman kena pakai songkok sebab ada latihan solat. Siap kena bawa sejadah ke sekolah.

Bila Mommy ambil 3e dari sekolah. Kakak Elin cakap 'I thought Saturday school is not fun, but I have good experience today'. Good for u Elin :).
Erin & Eiman told that only a few people from their class came to school.

Seperti biasa, Mommy mestilah bawa si kecik Eizan ikut gi ambil 3E. Bila nampak Abang Eiman pakai songkok, dia terus minta. Nak nak nak... Kecoh je lah Eizan ni :P.. Terus pakai songkok sampai ke rumah tak nak buka.






***** AHAD *****

Baru pukul 1pm, 3E dah tanya bila nak buka puasa.... Lagi berapa jam, lambat lagi ke.. Bila boring, gi dapur buka peti sejuk... Ishhhhhhhhhhh... Biasanya sekolah, cepat je masa berjalan. Ni hari minggu.... Apa Mommy nak buat ye? Bagi diaorang busy sikit... Mommy cari apa ada dalam kotak... Kotak yang masih belum unpack lagi tu ;).... Mommy jumpa Egg Deco Kit ni.... Ahaaa... Boleh lah 3E buat. Sekurang-kurang tak la lama nak tunggu masa berjalan.



Mula-mula kena rendam telur dlm cuka + color tablets. Tunggu telur kering, baru boleh deco. Lama lah pula nak tunggu.. Rendam dalam 10-20 minit, then tunggu kering lagi 20 minit. Hehee... Bila telur dah ready untuk dihias, masing-masing pun mulakan kerja...





Eizan pun sibuk juga nak buat. Tapi biasalah, dia kan selalu jadi 'the destroyer'.... heheee..Mana dia tau nak pegang telur 'gently'. Kakak Elin dengan baik hati bagi Eizan lekat sticker sikit. Sukalah si kenit tu. Sampai muncung2 mulut nak lekat sticker *grin*



Tengok muka puas hati dapat lekat sticker. ' It's my creation'... Eizan oh Eizan... Geram betul Mommy dengan budak kecik sorang ni.



Hasilnya...



Masing-masing dengan hasil kreativiti menempek stickers... Masa ni Mommy kena peluk Eizan, sebab dia pun nak sibuk pegang juga. Tapi telur tu ada 3 je...



Lepas 3E dah ambil gambar, Eizan pun minta Mommy ambil gambar dia sorang pula.. Siap lentuk kepala lagi buat gaya manja. Kelakarlah Eizan ni.






Akhirnya 1.5 jam masa berlalu...

Enjoy ur weekend everybody :)

5 comments:

MamaTiaMia said...

itaa..cutenya bebudak bertudung and bersongkok..bukan main lagi eizan yerr..bergaya tu,tiamia pun suka jugak pakai songkok..so dah ganti sekolah siap2 nanti relax lah kan.Activity menarik lah paint egg deco tu ta..i tak der kit tu tapi nanti ingat nak buat jugak..rendam telur dalam cuka dan food colouring then beli sticker kat kedai:) selamat berbuka,ingat ikan celup tepung kat ganu ita...sodap..ishh nak buat lagi lah tempura today,tambah sotong,keladi...heh..hee

zubye said...

Hi Ieta!!!
Apa kabar Ieta & anak2? dah balik mesia for good ya? sonoknyaa.. ieta stay mana sekarang??
Eizan.. tetappp comellll mcm biasa..
ok kalau ita datang bangi.. singgahla k!!
Selamat Berpuasa!

cik nini said...

aini misti suka kalu dapat join buat egg deco ni.. eizan as always - lentok bila amek gambar.. nak.. nak.. nak..

dilaOHdila said...

kak ita lawo belakang kusi tu...curtain ke. comel...

alahai adik ezan handsome. macam zaman p ramlee dulu lah

Uncle Lee said...

Hi 4K-E, really nice of you to drop by my pondok.
Regret my bahasa sebelum Merdeka and only boleh faham about 23% of your nice posting.
You have great looking kids....and no need to ask how they have their attractive looks, ha ha....ikut mak dia tu.
Your boy is handsome.....he sure will be breaking hearts when older, ha ha.

You have a pleasant buka puasa and simpan satu lagu dalam hati, Lee.
ps, bila senang datang, ya.

Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin