Pages

5

Kisah Minggu Pertama Ramadhan

Tahun ni birthday Mommy jatuh pada hari pertama puasa. Jadi sehari sebelum puasa Daddy bawa semua makan di Paradise. Sementara food sampai, twin kena siapkan kerja sekolah dulu. Sampai rumah nanti, mesti tak sempat nak buat. Nak kena tido awal... Pas tu nak kena bangun awal untuk sahur... Esok dah mula puasa.




1 Ramadhan

Mommy dah 35 tahun :).. 1st time birthday Mommy jatuh pada bulan puasa, 1st day puasa lagi. Alhamdulillah dipanjangkan umur.....
3E buat birthday cards untuk Mommy. Hand made... So cute :)

Card from Eiman- dia lukis gambar kami satu keluarga:


Card from Erin (banyaknye lilin untuk Mommy):




Card from Elin (sweet words for Mommy):




Tapi hari pertama puasa, Mommy ada kelas lewat petang. Kol 5pm baru boleh kuar... Sedihnya... Bila tengok kereta berderet2..... Dari DTC ke KL gate nak keluar dari UM sampai 55minit!!!! Biasanya 5 minit je dah sampai ke Kerinchi. Memang rasa nak nangis. Tapi sabar.... Kalau 55minit tu, dari UM dah sampai Kajang.... Sangat-sangat sedih & penat. Bila dah keluar gate UM, nak ke exit Kerinchi... kereta bersusun lagi.... Rasanya semut pun lagi laju. Memang nasib lah. Mommy sampai Kajang dah nak dekat 7pm. Terus singgah bazar Ramadan. Q lagi... Nak cari parking berpusing-pusing... Once dah beli food sikit. Dah tak banyak pilihan, sebab mostly food pun dah banyak habis sebab Mommy sampai lambat. Memang sangat2 sedih. Bila dah berbuka, food yang beli semuanya tak sedap :(. Poor everyone sebab Mommy tak sempat masak, beli pun tak sedap... Kesimpulannya Mommy akan masak sendiri. No more bazar Ramadhan... Beli kuih & drinks maybe... But not lauk pauk.

2 Ramadhan

Kakak Elin demam. Panas badan dia. Tak dapat ke sekolah & berpuasa. Kami sekeluarga berada di rumah sebelum waktu berbuka. Mommy dapat masak, cuma beli air tebu je. Alhamdulillah Erin & Eiman dapat berpuasa penuh hari ni. Walaupun Eiman beberapa kali minta nak minum air.... Balik sekolah, panas & penat. Tapi berjaya habiskan puasa pada 2 Ramadhan :)

*Nampak kecik Eizan berayap-rayap di bazar tak?


3 Ramadhan

Kakak Elin dah sihat. Dia dah boleh ke sekolah & berpuasa. Alhamdulillah. Mommy goreng ayam je untuk berbuka sebab kami nak ke rumah TokMama. Daddy balik keje, singgah beli murtabak. Pas berbuka & solat maghrib. Kami ke McD. Eiman asyik teringin nak makan McD je. Kesian pula... Reward 4E kat McD. Mommy try burger yang baru tu.. Tak sedap sangat pun :P. Lepas dah puas makan, kami gerak ke rumah TokMama. Tido di sana & dapat berbuka puasa beramai2 dengan cousins & TokMama... Yeay!

4 Ramadhan

4 E tersangat gembira dapat berjumpa keluarga.. Semua dah ada geng masing2. Eizan dengan Hannah yang bulat. Eiman & Adam. Elin&Erin dengan Nana&Nuha. Humaira join Hannah & sometimes the boys. heheee....

Eiman & Adam... Sebelum ke masjid untuk solat Terawih.


Pas bangun sahur je, semua aktif main. Tak tido pun... Bila dah tengahari, semua dah kepenatan & tidur.... Masa berbuka, masing2 request nak minum macam-macam. Yogurt drink mango, yogurt drink strawberry, milk chocolate, zapple, ribena, air mata kucing, air soya... hmm.... Budak-budak berpuasa. Layan je lah...

TokMama masak mee udang. Ada roti jala & puding roti. Sedapnya...


5 Ramadhan

Kami dah selamat sampai ke Kajang. Semua kena siapkan keje sekolah & kemas barang2 untuk ke sekolah esoknya. Kami berbuka puasa di Pizza Hut. Cuba menu pizza meatballs yang baru. Abang Eiman nye pizza = crusty chessy lah... Lepas makan, balik rumah solat. Then the kids kena tido... Esok nak sekolah, bermulalah minggu yang baru...






Insya-Allah kita semua dapat berpuasa penuh.

Salam Ramadhan dari kami sekeluarga.

5 comments:

dbalkis said...

Meatball pizza tu mcm sedap. Tak try lagi..apahal la i ni asyik komen pasal makanan kat blog orang..ish2 dugaan ramadhan

dilaOHdila said...

salam kak ita
wish u happy belated behday:)
moga diberkati selalu...

abang eiman & kakak twins pose penuh erk
nanti raya dtg umah acik dilla taw.....

MamaTiaMia said...

ita..siannya balik lambat,memang traffic kat KL ni dasat..and bazaar ramdhan is so hopeless,memang tak sedap,tapi kalau tak sempat beli lah jugak..kalau kita masak sendiri rebus2 pun sedap.Sian jugak kat Elin demam and geli hati tengok eizan merayap2 kat pr,he,he semalam i bawak Tia pergi dengan my emak macam tu lah,Mia tidur,orang ramai macam semut..dugaan betul nak balik ke kereta.Suka lah tengok bebudak tu duduk kat bawah atas tikar bulat bukak puasa,hmm macam nak pi carik tikar cute tu bagi budak dua orang tu duduk bawah:)Wahhh dah ada kawan2 ye the 4Es..memang best bukak posa ramai2kan:)

mama3hz said...

Happy belated birthday kak ita..saya deactivated FB buat sementara waktu atas sebab2 tertentu...so wish kat sini pun okay kan???mujur tk publish gambar mee udang mak akak buat..ko tdk harus saya meleleh air liur(mmg craving all the time wpun mak saya dah buat pun ari tu masa dia kat sini...)....mujur yg pizza hut tu tak teringin.....bykkan sabar ye kak ita dgn dugaan jam balik keje...norma2 hidup warga KL kan...nk wat cemana...:rainbow

Anonymous said...

besaqnya meatball..
aini & rayan jeles tgk kakak2 & abang2 berkumpul ramai2 kat rumah mama ija..
Rayan is asking "when are we going to Totok mama house again?" :)

Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin