Pages

5

Kakak Elin & doktor gigi .... & Salam Ramadhan

Jumaat lepas, pas Eiman dah gi sekolah. Mommy bawa Elin & Erin ke klinik gigi. Dah le rushing sebab by 2pm, mesti hantar Erin ke sekolah. 3 klinik gigi Mommy bawa. Yang mula tu cakap hari ni dah penuh, then gi klinik ke-dua. Tengah renovate pula. Bila sampai klinik ke-3, baru dapat jumpa doktor, selepas tunggu lebih 2 jam!!!!!

Gigi Kakak Elin yang bertampal, tertanggal pula filling tu. Bila makan sakit, jadi Mommy bawa jumpa doktor gigi. Rasanya tak perlu tampal lagi. Mommy nak suruh doktor cabut je. Ada 2 gigi susu belum jatuh, gigi baru dah naik. Jadi bertindihlah gigi kakak :(. Poor kakak Elin.. Itu pun nak minta doktor cabut juga. 3 batang gigi akan dikorbankan hari ini.



Kakak Elin sangat berani. Sikit pun tak nangis... Doktor dah cucuk ubat bius sampai 9 tempat. Sebab 3 gigi nak kena cabut. Mommy pula yang risau. Sedih tengok kakak. Part paling ngilu & tak sampai hati nak tengok masa nak cabut gigi yang berlubang... Gigi tu terpatah bila doktor tarik. Jadi terpaksa guna segala gadget yang ada untuk korek akar gigi yang tertinggal dalam gusi. Sampai nurse kena pegang kepala kakak, sebab doktor tu memang tak ingat nye korek. Macam gerudi apa je!!! Segala benda dia guna, siap kena potong sikit gusi.... Darah banyak keluar, tapi gigi tu memang liat nak keluar. Mommy pegang tangan kakak kuat-kuat... Mommy tau perasaan kakak. Mesti kakak lagi risau & sakit. Walaupun dah kena bius. Lamanya nak tunggu doktor keluarkan gigi yang satu tu.... Sampai pecah gigi tu, kena korek :(.

Pas dah siap, Mommy peluk kakak kuat-kuat. Masa tu Mommy tengok air mata kakak keluar... Kakak kata 'sakit'..... Mommy pun rasa nak nangis sama. Kakak memang sangat berani & kuat. Dia tak nangis pun masa doktor ada.



Lepas dah siap, terus bawa ke KFC. Erin kena lunch sebelum ke sekolah. Kesian Elin, boleh tengok je la.. Nak makan, tak boleh :(.




Sampai rumah dah pukul 1:25pm. Terkejar2 siapkan Erin ke sekolah. Kakak Elin dah layu & muka sedih sebab sakit. Bila darah dah berhenti, dia dah boleh makan sikit. Kemudian makan ubat untuk tahan sakit & tidur.

Poor my baby. Get well soon sayang.

Salam Ramadhan untuk semua.
Selamat beribadah...

5 comments:

Mother of Two said...

tukar cat rumah sempena raya...kesian kakak..takpe2 nak cantik kena berkorban.lucky my daughters tak ada gigi yg rosak....kalau tak jenuh gak kena paksa ke klinik.selamat menyambut bulan puasa utk kak ita and the family...

MamaTiaMia said...

Ita,siannya Elin.memang sakit after bius dah hilang,brave Elin,auntie pergi cuci gigi pun takut:) Sebok lah kita kan ita,nanti bulan puasa lagi lah tercungap-cungap..i nak pi beli shopping bag yang ada troli tu nanti nak bawak pi pasar ramadhan petang2 tak larat lah nak jenjeng..wahh you dah so long tak pi pasar ramadhan kan:)

Nurhayati said...

moga elin cepat sembuh.
tak leh bayangkan sampai 3 gigi kena cabut.
yati blom ada lagi experience kena tampal ke ape.. takat ni cuci je. alhamdulillah

iem said...

siannya tengok muka elin..
sabar eik ...

naza said...

ala2 kesiannya..nnt aunty naza dh blk blh la mama elin bwk jumpe aunty...mmg nk cari kids patient banyak2 and i may start sedation(happy gas)..so budak2 ni tak le terasa sgt..kt msia xde lg yg gune..

btw pegi klinik area mane?K.Ita duk mane? Happy Ramadhan Kareem!

Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin