Pages

6

Bila Mommy jadi surirumah....

Pukul 3am tadi, bunyi telefon... Sape lah yang call pagi-pagi buta ni... Rupanya babysitter Eizan.. Dia tak dapat jaga Eizan hari ni sebab anak sedara meninggal dunia. Mesti sedihkan, tambah pula bulan puasa... Nanti nak raya mesti teringat kat arwah... Al-Fatihah untuk keluarga K Ina...



Jadi Mommy terpaksa cuti kecemasan... Pagi-pagi gi hantar Eiman ke sekolah. Balik rumah, sidai kain, mandikan Eizan, tengokkan anak dara 2 orang tu, kemas rumah, dah dekat pukul 12. Kalau bukan puasa, mesti nak masak pula, kemas dapur lagi... Tak cukup masa rasanya. Then gi sekolah hantar twin. Pas tu tunggu Eiman keluar dari sekolah pula... Terpaksa bawa Eizan ke hulu ke hilir.... Panas-panas dalam keta tunggu Eiman. Lambat pula Eiman hari ni...

Dah sampai rumah, basuh kain lagi... Harap tak hujan petang ni, nanti tak kering baju yang berlambak sidai tu. Kena bagi arahan kat Eiman, mandi, buat homework, jangan tengok Eizan makan, kalau tak nanti dia nak buka puasa. hehee :)

Dah dekat pukul 3pm, Mommy pun dah layu.... Eizan & Eiman kena paksa nap, dapatlah Mommy tumpang sama... Ya Allah.. Nikmatnya dapat tidur sekejap. Dah bertahun-tahun takde peluang nak tido siang sejak twin lahir... So, battery recharged. Back to work. Angkat kain & lipat. Siapkan baju sekolah untuk esok, baju untuk gosok malam ni, mandikan Eizan kecik. 5:30pm, ambil twin from school. Balik rumah dulu, mandi & siapkan homework.

Petang ni Daddy ada majlis berbuka puasa dgn kawan2 pejabat... Jadi tinggal Mommy & the kids je kat rumah....
Apa Mommy nak masak?
atau
Apa Mommy nak beli?
atau
Mana Mommy nak bawa 4E berbuka?

Bila tanya Eiman nak makan apa, dia jawap KFC, McD, Pizza Hut... (Fast food je dalam list dia).. Ish... So unhealthy :(...

Elin: I don't know.. Can we go to Metro Plaza?
Erin: I want to have something sweet & cold...

Mommy tanya nak makan apa, Elin nak gi merayap pula. Mesti nak gi beli buku Ana Solehah lagi kat Metro Plaza. Mommy pun susah nak decide. Janji dapat gi tempat yang tak ramai orang, senang cari parking & Eizan boleh berlegar-legar dalam kawasan yang selamat. Mommy bawa ke KFC je. Lagipun ada set nasi ayam, kenyang sikit 3E makan berbuka.

Tengoklah muka 3E yang tak sabar.. Asyik cakap 'I can smell chicken'... hehee.. Dah memang dalam KFC mesti lah bau ayam. Eizan asyik tanya lagi berapa minit nak berbuka. Bila cakap 5 minit, dia tanya 'how many seconds is 5 minutes'... Senang sikit dia nak countdown. Bila cakap 300 seconds, terus dia mengeluh.. Lamanya....












Tengoklah muka si kecik Eizan yang tak puasa ni... Food sampai je, dia dulu terus makan. 3E tengok je & say 'Tak aci Mommy! Eizan is eating in front of us'... Sabar ye.. sikit lagi je dah nak berbuka.






Mommy cuba elakkan 3E rasa lambat lagi nak berbuka, sembang & suruh senyum ambil gambar. Erin said 'Dont take my picture, I'm hungry'.... Poor my girl. Kakak Elin cool je.... Eiman siap cium2 ayam lagi... Dah tak sabar sangat lah tu. Bila time berbuka, semua makan & tak terkata apa-apa. Alhamdulillah 3E masih boleh berpuasa penuh (setakat ni). Insya-Allah.



Selepas semua dah makan, kami singgah Dunkin Donut & Secret Recipe... Tapau something for nite time... hehee... Balik rumah, nak kena gosok baju pula.... Penatnya rasa badan. Kalau keje opis pun tak sepenat macam ni... To all surirumah out there, Mommy rasa u have done a very good job. It's a hard work & there's no time off.

Selamat berpuasa semua...

6 comments:

Nurhayati said...

jadi surirumah bukan senang gak keje kan kak.
tgk mak saya wat keje rutin hari2 saya plak yg bosan :)

hasma said...

hehe duduk tunggu buka puasa dalam kfc dengan segala bau tu memang seksa

MamaTiaMia said...

Itaa..he,he..tu lah rasanya bila kita sesekali jadi suri rumah:) and so true about tak pernah dapat tidur siang after twin lahir,ita i pun dah 3 tahun tak pernah tidur siang ni..lupa dah nikmatnya camana.wahhh seronok jugak mommy bawak 4es pi bukak posa kat luar:)sian dia orang mesti tak tahan2 dengan bau tu.ita steak tu i beli beef yand dah marinate kat jusco jer,balik taruk olive oil dalam grill pan ikea tu then campak daging,turned out to be nice lah and gulai udang dengan bamboo shoots tu sangat sedap..cuba lah:)and ita kueh bakar nyonya colours kat one utama ni sangat the sodap bonar:) selamat berbuka.

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ said...

mommy bionicwoman....
serba serbi boleh buat ni
sesekala mommy jadi kuat dan bertenaga (hehehe)

kak Ita
dah start buat kuih raya ke

AzAh and FEnDi said...

salam ita.....perghhh!..i dapat rasakan keletihan menguruskan rumahtangga sorang2...hehe lotih...padan ler fendi duk ajak balik mesia jer...penat uruskan umah kat uk ni...hahaha....ni nak sampaikan salam afiq lagi utk eiman...afiq kata dia nak balik mesia..bukan sebab rindu mesia...or nak sekolah kat mesia...dia nak balik mesia coz nak jumpa eiman...'i don't have friend here'...dengan nada sedih dia berkata...'eiman got lots of games'....huhu laaa game punye pasal...hehe...ni 1st blog yg i leave comment..hihi....pjg ler plak...huhu

watie said...

Salam Ramadhan... lama x menjenguk akak & 4E.. heheeh tgk muka twins tu puasa... hehe lunyai abis..

Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin